Saturday, December 31, 2016

100 IMPIAN KECIL NURFARHANAH

Bismillahirrahmanirrahim. Ini adalah 100 impian kecil saya, Nurfarhanah Binti Suardi untuk tahun 2016 :

‌1. Saya dah jadi Stokis Sah JSD. - Done! Alhamdulillah. 28/06/2016 (Selasa) 11.00pagi
‌2. Saya nak jual 1000 barang JSD sepanjang 2016.
‌3. Saya nak beli jam sukan (cth : Polar) warna pink.
‌4. Saya nak beli 2 helai baju menyusu dan 2 helai skirt. - Done buy 2 skirt at Awanazstyle Kota Tinggi (Red & Mint) on 24/06/2016.
‌5. Saya nak buka akaun simpanan peribadi di Maybank. - Done register M2U Svers-i on 13/06/2016
‌6. Saya nak register ahli Powergold untuk saya dan anak-anak. - Done (Aku dan Arsyad - 23/02/2016)
7. Saya nak beli 5 jenis lipstik Fame Cosmetic : Fuschia, Candy, Nude, Party, Desire
‌8. Saya nak beli oven 2.5L RM400.
‌9. Saya nak beli mesin basuh baju RM1,000.
‌10. Saya nak bayar hutang AEON CREDIT sebanyak RM1,000.
11. Saya nak beli tudung Naelofar - Done buy on 05/07/2016 (Emerald Green)
‌12. Saya nak jumpa leader JSD terbaik saya iaitu Aida Ab Wahab.
‌13. Saya nak jumpa pengasas JSD DS Hanni Borhan.
‌14. Saya nak beli wrislet Carlo Rino RM250.00 - Done buy at AEON after 30% discount RM174.30 on 06/03/2016
‌15. Saya nak bawa anak saya pergi bercuti di Melaka.
‌16. Saya nak belikan Amyrul Arsyad buku atau bahan untuk dia lukis dan belajar.
‌17. Saya nak ada 10 orang agen yang aktif.
‌18. ‌Saya nak beli sepasang kasut kerja jenama Crocodile.
‌19. Saya nak turunkan berat sebanyak 10kg sepanjang 2016 (Berat sekarang 99.7kg).
‌20. Saya nak bayar hutang saya pada abah saya sebanyak RM5,000 bermula Ogos 2016. - Pinjaman 18/06/2016
‌21. Saya nak derma RM1,000 kepada Warga Prihatin. - 1.RM20 (13/06/2016)
‌22. Saya nak bawa anak-anak saya, Arsyad dan Akhmal tidur di Hotel Grand Lexis, Negeri Sembilan 3hari 2malam.
‌23. Saya nak beli tiket flight pergi dan balik ke Labuan untuk jumpa adik saya, sebab saya selalu rindu dia.
‌24. Saya nak belikan abah saya hadiah hari lahir bernilai RM1,000.
‌25. Saya nak tebus barang kemas kat Yapeim RM3,000. - Done bayar 1 surat pada 25/04/2016 - RM273.30, Baki RM2,726.70
‌26. Saya nak balik pada hari Raya Aidilfitri tahun ini untuk salam peluk cium dengan abah saya dan adik beradik saya.
‌27. Saya nak buat upah haji untuk arwah mak saya, doakan saya. Al-fatihah.
‌28. Saya nak bantu kawan baik saya Nurul Azlina Aman dalam kerjaya dia, supaya dia boleh berhenti kerja dan bekerja sendiri.
‌29. Saya nak buka akaun syarikat saya di CIMB Bank Berhad
‌30. Saya nak beli handbag untuk pergi kerja. - Done (My Hubby belikan handbag Vincci sebagai hadiah birthday yg ke 29 tahun pada 15/02/2016) (Done by My Hubby, Mango Maroon on 23/06/2016)
‌31. Saya nak belikan anak-anak baju di Butik H&M dan baju tidur di World Of Cartoon. - Done buy 2 pairs for Arsyad and 1 pairs for Akhmal at H&M on 02/07/2016)
‌32. Saya nak makan di Manhattan Fish Market - Done (Treat by My BFF Azlina)
‌33. Saya nak beli cadar bilik saiz queen warna pink atau merah.
‌34. Saya nak beli katil untuk anak bujang saya Amyrul Arsyad dan Amyrul Akhmal
‌35. Saya nak bayar hutang BSN selama 3bulan sebanyak RM350.
‌36. Saya nak beli blazer hitam.
‌37. Saya nak beli basikal untuk Arsyad. - Done by my father in law
‌38. Saya nak beli sebuah aircond.
‌39. Saya nak belajar buat roti.
‌40. Saya nak bawa anak-anak pergi Legoland dan tidur di sana pada Disember 2016
‌41. Saya nak cuti 2 minggu pada November / Disember 2016.
‌42. Saya nak sambut birthday ibu mertua saya pada Julai 2016 dengan memberi beliau hadiah pilihan sendiri dan makan di restoran pilihan dia.
‌43. Saya nak beri RM200 buat ibu mertua saya pada hari kelahiran dia, 21/07/2016.
‌44. Saya nak buka akaun SSPN untuk anak-anak saya.
‌45. Saya nak buka akaun ASB buat Amyrul Akhmal.
‌46. Saya nak beli deep freezer RM600.
‌47. Saya nak tolong selesaikan hutang kereta suami saya sebanyak 2,000.
‌48. Saya nak belikan Along saya Nurfadilah Binti Suardi handphone Samsung S6 Edge.
‌49. Saya nak belikan bapa mertua saya Abdul Manan bin Ismail handphone Samsung J5.
‌50. Saya nak beli handphone Iphone baru.
51. Saya nak beli telekung cotton bernilai RM200. - Done buy Telekung cotton from my friend Kak Munirah (RM120) on 30.06.2016.
‌52. Saya nak sedekah sebanyak RM50 di setiap surau atau masjid yang saya pergi.
‌53. Saya nak beli goldbar 10g pada Disember 2016.
‌54. Saya nak beli cincin belah rotan dan ukir nama saya.
‌55. Saya nak belikan kasut raya untuk anak-anak - Done buy for both by Mr. Hubby on 02/07/2016 dan 03/07/2016
‌56. Saya nak hadiahkan rantai emas jika adik saya Nurfasihah binti Suardi dapat melahirkan anak perempuan. Jika lelaki, saya hadiahkan dia RM200.
‌57. Saya nak hadiahkan ibu mertua saya sepasang kasut kesukaan dia.
‌58. Saya nak beli kasut kerja untuk suami saya bernilai RM100.
‌59. Saya nak bayar ansuran kereta selama 1 tahun iaitu sebanyak RM4,968.
‌60. Saya nak simpan 10% deposit rumah idaman saya sebanyak 20K.
‌61. Saya nak daftarkan haji untuk saya, suami dan anak-anak saya (RM8K).
‌62. Saya nak belajar cara make up yang simple.
‌63. Saya nak tebus kesalahan saya dengan kawan baik saya Norashikin binti Mohamed Ba'in, belikan sesuatu yang mungkin dia tak akan lupa.
‌64. Saya nak beli tudung Aidijuma. - Done buy 5pcs at Zalora for RM75
‌65. Saya nak beli jeans Levis saiz 32.
‌66. Saya nak beli blouse / kemeja warna putih.
‌67. Saya nak pergi kelas penyusuan dan mendalami lebih lagi ilmu penyusuan.
‌68. Saya nak tempah baju kurung moden. - Done. 
‌69. Saya nak puasa Isnin dan Khamis bermula Julai 2016.
‌70. Saya nak bagi sesuatu kalau jumpa baby girl rambut panjang.
‌71. Saya nak beli rak kasut warna putih atau hitam.
‌72. Saya nak bawa anak saya dan anak saudara saya Nur Qistina pergi Hello Kitty.
‌73. Saya nak wakafkan 50 naskhah Al-Quran.
‌74. Saya nak beli laptop warna pink RM1500.
‌75. Saya nak simpan RM1,000 dalam akaun Tabung Haji saya dan anak-anak (Jumlah RM3,000).
‌76. Saya nak join seminar pengurusan syarikat/seminar kewangan.
‌77. Saya nak join program kuruskan badan The Booster di JB bersama Coach Izzat Zin.
‌78. Saya nak update blog seminggu sekali.
‌79. Saya nak polish kereta saya sampai berkilat.
‌80. Saya nak bawa abah saya dan adik beradik saya bercuti di Melaka.
‌81. Saya nak bantu suami saya merealisasikan impian mencetak baju jenama beliau sendiri.
‌82. Saya nak ziarah kubur arwah mak.
‌83. Saya nak beli ampai jemuran besi yang besar.
‌84. Saya nak beli kasut converse.
‌85. Saya nak bantu kakak saya Nurfadilah binti Suardi upgrade diri.
‌86. Saya nak beli kasut Palladium warna pink.
‌87. Saya nak kumpul duit untuk pergi umrah dengan anak-anak saya.
‌88. Saya nak beli Hurom Slow Juicer.
‌89. Saya nak belajar masak rendang ayam.
‌90. Saya nak belajar masak kuah kacang kesukaan suami.
‌91. Saya nak botakkan rambut anak saya si Amyrul Akhmal. - Done @Kedai 2 'Z' on 08/02/2016
‌92. Saya nak pindah kuarters baru selepas raya.
‌93. Saya nak hafal doa Dhuha dan maksudnya.
‌94. Saya nak buat loan ASB RM100K untuk simpanan.
‌95. Saya nak belanja seorang kawan sebulan sekali, bermula Febuari 2016. - Done (Feb:Ain dan Ika Praktikal) (March:MIL) (April:My Sons) (8 Mei:Half of officemate) (19 Mei:Officemate&MIL)
96. Saya nak beri suami saya RM3,000.00 pada dia untuk dia mulakan bisnes baju dia.
97. Saya nak pergi Universal Studio Singapore dengan kawan baik saya Nurul Azlina Aman.
98. Saya nak beli SJCAM / Yicam.
99. Saya nak keluarkan jenama baju sendiri. Fokus pada plussize dan menyusu.
100. Saya nak cuti tanpa gaji untuk fokus dengan bisnes online saya.

Semoga Allah permudahkan saya menunaikan impian kecil saya. Aamiin Allahumma Aamiin.


Updated : 13.07.2016 

Monday, July 04, 2016

Rindu

Rindu.

Rindu nak berblog. 
Lama tak update, esok lusa dah nak raya dah. Semoga semua doa di bulan Ramadhan akan dimakbulkan Allah. Aamiinn.

!!Jom Tambah Pendapatan!!